eKelas Julai 2017
1 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Isnin, 31 Julai 2017 – Program Maxis eKelas adalah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Ianya menumpukan 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 sahaja. eKelas ini diadakan secara percuma di beberapa Pusat Ekonomi Digital yang terpilih dibawah kelolaan Maxis di mana salah satu diantaranya ialah Pusat Ekonomi Digital Linggi.
eKelas menggabungkan pembelajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran secara berkumpulan dan bahan kandungan digital interaktif yang selari dengan Kurikulum sekolah Malaysia.
Dengan menggunakan konsep komuniti - pendidikan dan Internet, ternyata Program Maxis eKelas ini banyak memberikan faedah kepada anak-anak di luar bandar ini. Antaranya adalah pengisian masa lepas sekolah yang bermanfaat dan juga penyediaan bahan kandungan digital yang sangat interaktif.
Pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing.
Pembelajaran pelajar ini dipantau melalui sistem penilaian dan juga beberapa pertandingan sepanjang tahun ini. Markah dan keputusan dikumpulkan dalam bentuk point, dan ganjaran hebat menunggu di akhir tahun.
Jadual waktunya pula adalah pada setiap hari Jumaat dari 3 petang hingga 6 petang. Manakala pada hari Sabtu pula dari jam 11 pagi hingga 6 petang.
Pelajar hanya perlu datang ke Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia yang diuruskan oleh Maxis, kemudian mengikuti sesi pembelajaran live dengan guru serta melakukan tugasan dan aktiviti bersama-sama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: